Jumaat, 9 Oktober 2015

#NakMenangSenang : Selfie dan menang hadiah lumayan!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Selfie atau Self Picture adalah istilah yang tidak asing lagi bagi anak muda masa kini. Berketepatan dengan itu, Sony Mobile telah membuat satu peraduan SONY MOBILE CONTEST GIVEAWAY dengan menghantar gambar selfie sahaja.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

10 Pemenang pada (1 Oktober 2015 – 15 October 2015
dan
10 Pemenang pada (15 Oktober – 29 Oktober 2015)
  • 2 x pemenang hadiah utama : Xperia C5 Ultra Dual berharga RM 1,399
  • 3 x pemenang hadiah tempat kedua : Xperia M2 berharga RM799
  • 5 x pemenang hadiah saguhati : Sony wireless Bluetooth speaker SRS-BTV5 berharga RM299.

Xperia C5 Ultra Dual - Sumber ChurpChurp

Xperia M2 - Sumber ChurpChurp

Sony wireless Bluetooth speaker SRS-BTV5  - Sumber ChurpChurp



Berikut adalah bagaimana anda boleh mengambil bahagian:
  1. Ambil gambar diri sendiri yang paling yakin
  2. upload pada Instagram dan di sync ke Facebook (pastikan kedua-dua Instagram & Facebook anda disetkan kepada 'Public')
  3. Anda MESTI tag @SonyMobileMY dan termasuk hashtag #BeSelfieConfident, #SonyMobileMY & #ChurpMYWIN di Instagram Caption anda.
  4. Peraduan ini terbuka kepada pengguna ChurpChurp baru dan sedia ada di Malaysia . Klik SINI jika belum mendaftar.
  5. Isi borang peraduan di SINI dengan syarat-syarat yang dinyatakan. Hanya penyertaan lengkap diterima dan layak untuk penyertaan.
  6. Tempoh Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Oktober 2015 (Khamis) hingga 29 Oktober 2015 (Khamis).
  7. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel pada 6 November 2015. Pemenang Peraduan dikehendaki mengambil hadiah di pejabat ChurpChurp .
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  9. ChurpChurp berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.





Jom sertai pertandingan ini sekarang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!



Khamis, 8 Oktober 2015

#TipShanasMakan : 2. Tempat Makan Menarik di Kuantan, Pahang - Akar Kopi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Umum mengetahui bahawasanya, kopi dan masyarakat kita berpisah tiada. Terdapat banyak kopitiam-kopitiam, malahan kedai-kedai lain yang menjual kopi sebagai minuman utamanya seperti Starbuck. Kali ini, saya ingin berkongsi sebuah lagi kedai makan yang terdapat di Kuantan yang Menyajikan kopi sebagai minuman utamanya.

Akar Kopi merupakan kedai kopi ala-ala hipster yang saya rasa sangat disukai para remaja malahan dewasa juga. Kedudukannya adalah betul-betul di bandar Kuantan dan berhadapanWisma Kastam. Kunjungan saya pada kali ini merupakan kunjungan yang pertama kali. Saya memang menggemari Kopi dan boleh dikatakan kopi yang disaji disni adalah 5 bintang!

Selain itu, disini juga terdapat menu yang lain seperti nasi lemak, Nasi Minyak dan roti bakar. Ringkas sahaja menunya. Kopinya merupakan kopi vietnam kalau tidak salah saya. Dekorasi Kedai ini adalah menggunakan bahan terbuang seperti tong minyak yang dijadikan tempat duduk. Kotak-kotak kayu terpakai yang dijadikan perabot. sangat kreatif!

Makanan Saya pada hari tersebut

Bumbung Kedai Akar Kopi yang unik

Kopi Ais RM3

Pandangan kedai dari tepi

Lokasi - berhadapan wisma kastam 

Saya sangat yakin, penggemar kopi pasti tidak akan menyesal jika melangkah masuk ke kedai ini. Kopinya 'confirm' buat kita tidak tidur malam !



Nak rasa? Datang Kuantan dan cuba di kedai ini! Lulussss Bro!







Jumaat, 2 Oktober 2015

#ShanasReviewMovie : 2. The Martian

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Jika pada minggu lepas saya bercerita tentang filem Everest maka pada minggu ini saya ingin bercerita pula tentang filem The Martian. Almaklumlah baru saja pulang dari menonton filem tersebut. Saya anggarkan filem ini agak mendapat sambutan kerana kelihatan banyak juga penonton yang memenuhi ruangan panggung. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Andy Weir dan berdurasi 2 jam 22 minit.

credit : google

Sesungguhnya filem ini sangat menarik dan tidak membuang masa bermula dari awal penceritaan. Tidak hanya memfokuskan watak utama, kisahnya juga nyata berbeza berbanding kisah sains fiksyen yang lain. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan filem ini juga memberi sedikit ilmu dan semangat untuk orang lain meneruskan kehidupan dalam keadaan yang genting.

Credit : Google

Secara ringkasnya, plot kisah ini bermula dengan misi sekumpulan Angkasawan (Mark Watney, Melissa Lewis,Annie Montrose, Rick Martinez, Beth Johanssen, Chris Beck)  dari  Amerika yang membuat kajian di Marikh. Namun tidak disangka ribut yang kuat telah mengganggu proses kajian di lapangan Marikh itu. Akibat dari itu, kajian terpaksa dibatalkan. Namun ketika mereka cuba bergegas meniki kapal angkasa, Mark Watney telah dilanggar dengan satu komponen kapal angkasa sehingga menyebabkan dia tersasar jauh. Diakibatkan ribut yang melanda itu, Kapal angkasa tersebut terpaksa bergerak keluar dari Marikh. Mereka semua telah membuat andaian bahawa Mark Watney telah mati. Malangnya, Mark Watney masih hidup dan meneruskan kehidupannya di planet terpencil di Markh dengan sumber yang sangat terhad.

Credit : Google

Mark yang merupakan seorang Botanist telah cuba menanam Ubi kentang untuk hidupnya yang mendatang dengan menggunakan tanah dari Marikh dan baja organic dari bahan buangan (najis) sendiri.  Selain itu, dia juga turut menjana sumber air untuk pokok ubi kentang yang ditanam dengan beberapa experiment mudah. Malang tidak berbau. Sesungguhnya pelbagai rintangan telah mendatangi  dia sehinggalah diselamatkan semula oleh kawan-kawannya dengan bantuan yang baru. Pengakhiran kisah ini menunjukkan Mark telah menjadi tenaga pengajar dan berkongsi pengalaman beliau semasa di Marikh dengan bakal-bakal angkasawan.


Credit : Google

Saya rasakan kisahnya sangat kreatif. Kisah survival seorang angkasawan di tanah Marikh. Dengan latar belakang yang lebih jelas tentang kapal angkasa dan komponennya secara jelas , ditambah dengan perkiraan untuk kelajuan objek dan cara untuk menjalani kehidupan dengan sumber yang terhad. Saya sarankan mereka yang meminati kisah angkasa untuk menonton kisah ini. Terdapat dalam 2D atau 3D ya!

Khamis, 24 September 2015

#ShanasReviewMovie : 1. Everest

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Saya baru saja pulang dari menonton filem Everest. Terus rasa mahu berkongsi review dengan para pembaca. Ditambah pula ini adalah kisah sebanarnya yang terjadi pada tahun 1996. 19 tahun lepas. Saya yang sememangnya berminat dengan kisah yang diadaptasi berdasarkan kisah benar ini sangat teruja untuk melihat filem ini. Saya sendiri menonton dalam bentuk 3D di Golden Screen Cinema (GSC) di sini. Saya juga kongsikan sinopsis tentang filem ini.

Kisah ini memaparkan kisah tentang dua ekpedisi menawan puncak Everest iaitu Adventure Consultants dan Mountain Madness. Setiap ahli dalam kumpulan-kumpulan tersebut membawa misi masing-masing. Pada permulaan kisah ini agak ‘slow’ akan tetapi beberapa detik yang dilihat seolah-olah terjadi di depan mata sangat menerujakan saya sendiri.

Rob Hall ; sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak perempuan, merupakan salah seorang jurupandu dari Adventure Consultants. Ahli dalam kumpulan ini adalah Beck Weathers, Doug Hansen and Yasuko Namba. Scott Fischer pula merupakan jurupandu Mountain Madness. Mereka mengandaikan 10 Mei untuk sampai ke puncak Everest.  Helen Wilton pula merupakan pengurus tapak kem yang akan berhubung dengan kedua-dua kumpulan ini menggunakan walkie talkie. Sebelum pendakian bermula, mereka telah diberi banyak info tentang gunung Everest itu sendiri. Termasuklah simptom yang mereka alami, ‘Death Zone’, ubat-ubatan dan sebagainya

Pada 7 Mei  ekpedisi ini telah sampai ke tapak kem II dengan mengharungi tangga rang sudah direntangi untuk ke setiap jurang. Tiba-tiba sebongkah ais yang sebesar bata(andaian saya) telah menghentam para pendaki sehingga menyebakan tangga tersebut hampir patah. Tak salah saya ada dinyatakan bahawasanya terdapat 19 kematian di kawasan tersebut. Rob yang sangat risau dengan kejadian itu mengajak kumpulan Mountain Madness untuk saling membantu tetapi ditolak.Masing-masing mahu menjadi ketua.  Kedua-dua kumpulan sampai di tapak Kem  IV (mula mengunakan oksigen sekali-sekala) pada 9  Mei.


 Creadit : google


Pada 10 mei mereka telah menetapkan untuk sampai ke puncak Everest sebelum pukul 2 petang. Akibat beberapa masalah teknikal seperti tiada tali di kawasan yang disebut  Hillary Step yang sangat curam, kesemua mereka terpaksa melewatkan pendakian sebelum sampai ke puncak.Tiga orang pendaki berpatah balik. Beck pula menghadapi masalah mata kerana dia pernah menjalani pembedahan mata tetapi meyakinkan Rob bahawa dia akan pulih selepas dia rehat sebentar. Tetapi Rob mengarahkan untuk Beck turun sekiranya pandangannya masih tidak baik.

Creadit : google

Selepas pemasangan tali, mereka mula mendaki semula dengan pantas. Anatoli Boukreev  mendaki dan sampai ke puncak pukul 1:07petang , diikuti Rob. Tetapi sehingga pukul 2 petang, masih ramai yang tidak sampai ke puncak.  Yasuko Namba antara yang dapat sampai ke puncak . Jam 3 petang, cuaca mula kelihatan tidak elok. Doug yang tetap mahu mendaki kepuncak disuruh berpatah balik tetapi masih berdegil dengan alasan dia tidak mahu mendaki ke Everest lagi tahun hadapan dan Rob meneman ke puncak. Scott Fischer mula menunjukkan yang dia tidak sihat dan menyuruh yang lain meneruskan perjalanan mereka. Scott akhirnya mati.

Cuaca semakin buruk. Rob dan Doug semakin kekurangan oksigen. Rob meminta bantuan di tapak kem. Tetapi keadaan semakin teruk. Doug terjatuh di tiup angin. Beck yang masih tidak bergerak pula di bantu yang lain untuk turun. Malangnya mata Beck semakin teruk. Dia terjatuh dan menghempap beberapa pendaki lain. Akibatnya, mereka yang pada mulanya menyelamatkan beck mula menyelamatkan diri mereka dahulu. Yasuko yang juga menjadi mangsa ditinggalkan bersama Beck.

Seorang lagi jurupandu dari Adventure Consultants mula menyelamatkan Rob dengan cara menghantar tong oksigen. Sewaktu mahu berpatah balik, cuaca kembali buruk dan mereka terpaksa tunggu sebentar. Namun akibat terlalu lama jurupandu yang cuba menolong Rob mengalami panas yang melampau sehingga membuka pakaiannya sebelum mati berdekatan dengan Rob. Akibat masalah dengan tong oksigen yang mula membeku, Rob sekali lagi tidak dapat bekalan oksigen. Rob teringatkan isterinya yang sarat mengandung. Dia cuba menggagahkan diri, namun Rob mati di gunung Everest dengan mayatnya tidak dibawa turun sehingga hari ini.

Keajaiban berlaku apabila, Beck pulang sendiri ke tapak kem.Yasuko pula telah mati. Namun jari tangan dan hidung Beck sudah beku dan dipenuhi darah. Selepas dimaklumkan kepada keluarga Beck, isterinya meminta tolong kedutaan Amerika untuk membawa Beck turun dari Gunung Everest

Kesudahan cerita ini memaparkan gambar-gambar mereka yang benar-benar menyertai pendakian pada tahun 1996 itu. Gambar-gambar sebenar para pendaki yang terlibat.  Turut disertakan gambar anak perempuan Rob yang di namakan Sarah sempena nama yang telah Rob beri. 

Creadit : google



Creaditi : google


Secara keseluruhan, filem ini amat sesuai ditonton kerana ada nilai kekeluargaan, kasih sayang, tolong menolong dan tekad melakukan apapun. Saya sarankan kepada mereka yang gemar atau teringin untuk mendaki gunung untuk melihat filem ini. Tetiba rasa saya pula yang berkobar-kobar nak daki gunung!



Isnin, 14 September 2015

#TipShanasMakan : 1. Tempat Makan Menarik Di Kuantan, Pahang - Marina Ketam Telur Masin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Mengunjungi Kuantan, Pahang pastinya tidak sah jika tidak makan di kawasan Tanjung Lumpur yang menghala ke Pekan, Pahang. Salah sebuah kedai yang kerap saya kunjungi ketika saya belajar di Pahang adalah Marina Ketam Telur Masin. Selain dari menyajikan hidangan Ketam Telur masin,disini juga terdapat pelbagai lagi juadah lain antaranya adalah ikan bakar, sup ekor, ikan stim dan sebagainya. Harganya agak murah bersepadan dengan makanan yang kita pesan.



Gambar di atas merupakan hidangan ketam telur masin untuk dua orang makan harga lebih kurang RM28. Pada saya hidangan tersebut lebih dari cukup. Selain itu, pelanggan dibenarkan untuk memilih ketam, ikan dan makanan laut lain sendiri. Jadi kita sendiri boleh anggarkan untuk bajet kita. 


Ini pula gambar sup ekor yang beharga RM5 untuk seorang makan. Kuahnya pekat. Rasa macam Sup siam. Selain itu potongan ekor yang dihidangkan adalah dalam 4 potong. Highly recommended. Selain dari menu sup di Marina Ketam Telur Masin ini, tomyam juga antara yang saya recommended untuk anda makan.Tomyamnya pekat dan Bahanya banyak juga berharga RM5 untuk seorang makan.


Ini pula ikan stim. Simple tapi cukup umphh. Pada saya gabungan jeruk bawang putih memang menambah rasa lagi pada peminat ikan stim. Selain itu, saya juga menggemari ikan bakar kosong dan sambal hijau yang dihidangkan. Sambal hijau itu agak sebati dengan masam manis. Turut dihidangkan juga sambal merah. Sambal merah untuk ikan bakar ini agak manis dan tidak pedas. 

Selain hidangan yang saya sebutkan di atas, terdapat juga lala masak pedas yang saya gemari. Harga untuk seplastik lala adalah RM12 ringgit termasuk masak.Terdapat banyak lagi tempat makan yang lain yang boleh di cuba di Kuantan. Dari sarapan pagi hingga makan malam. Anda ada nak kongsikan tempat makan yang menarik di Kuantan? Jom Kongsikan 


Jumaat, 11 September 2015

#TipShanasTravel : 4. Kellie's Castle, Perak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kellie's Castle, saya sangat terpegun dengan reka bentuk dan keunikan yang jelas terpampang dengan seni bina yang berasal dari India itu. Apabila melangkah masuk ke dalam istana ini, perasaan seram mula menyelubungi. Namun, dengan kehadiran pengunjung yang sangat ramai maka sedikit hilang rasa seram itu. 

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk warga emas. Pengunjung yang ingin membuat photoshoot juga boleh berbuat sedemikian dengan bayaran bermula serendah RM40. Bagi penggemar mistik pula, terdapat kunjungan malam dengan syarat pengunjung hendaklah dalam kumpulan 40 orang. 

Dari arah depan istana ini

Dari arah tepi Istana

Ruang Tamu Istana

Bangunan yang tidak siap bersebelahan istana ini


Pandangan dari atas istana ini ke belakang

Dari belakang istana

Istana ini dari sudut tepi


Saya difahamkan bahawa istana ini dibina dengan 4 terowong rahsia. Selain itu terdapat juga lif yang pertama di Malaya. Namun pembinaannya terbengkalai. Di atas bumbung istana ini juga terdapat tempat untuk bermain tennis. Uniknya pembinaan ini yang membuatkan bangunan ini dipelihara sehingga sekarang.Hasil carian saya mendapati stail arkitektualnya adalah berdasarkan Moorish Revival architecture dan Indo-Saracenic Revival architecture.


#ShanasFakta : Tahukah anda filem Anna and The King pernah dilakonkan di sini?

Lokasi istana ini adalah terletak di Batu Gajah,Perak. 20 minit perjalanan dari Ipoh. Anda juga boleh mengambil simpang dari tol Simpang Pulai untuk sampai ke istana ini kerana lokasinya tidak jauh dari tol ini. 

Khamis, 10 September 2015

#TipShanasTravel : 3. Toys Museum, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !

Toys Museum yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang merupakan salah sebuah Toys Museum yang terbesar didunia. Saya yang pada mulanya menolak ajakkan seorang rakan untuk ke sana menjadi tertarik selepas membaca serba sedikit info tentang muzium tersebut. Perjalanan ke Teluk Bahang dari jeti mengambil masa cuma 1 jam! 

Toys Museum ini terletak berhampiran sebuah sekolah. Dengan bayaran RM15/person kami masuk ke dalam museum tersebut dengan rasa teruja. Teruja kerana di dalam muzium tersebut terdapat 1200000 jumlah permainan termasuklah karakter-karakter kartun. Dari sekecil-kecil karakter ke sebesar-besar karakter kartun terdapat di sana.

Set Barbie yang cool !

Doraemon dalam pelbagai aksi

Harry Potter dan kawan-kawannya.

Shrek yang lucu dengan anak-anaknya.


Saya difahamkan terdapat karakter yang beharga RM40 000 yang ditempatkan disini. Pemiliknya juga memberitahu bahawa lebih kurang 60 000 jenis karakter lagi yang beliau tidak lketakkan disini kerana tempat yang terhad. Ya, memang saya akui tempat untuk pameran agak terhad jika dibandingkan dengan karakter yang banyak dan pelbagai. 

Para pengunjung bolehlah melawati muzium ini di alamat yang berikut

1370, MK2, Teluk Bahang,

11050 Penang.
(bersebelahan dgn SJK(C) Eok Hua)
No. telefon : 012-4602096

Harga tiket : RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak