Khamis, 3 September 2015

#TipShanasTravel : 2. Kuala Terengganu - Pulau Kapas Part 2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Bersambung dari Part 1 

Hari kedua di Kuala Terengganu kami mulakan seawal jam 9 pagi. Selesai Checkout dari Hotel Teratai Tenang kami berjalan menuju ke Terminal Bas Kuala Terengganu. Sebelum itu kami sempat membeli sedikit kuih muih dan nasi lemak di gerai berhampiran. Untuk pengetahuan semua, di Pulau Kapas tiada kedai mahupun atm yerr... Maka dengan itu, anda semua dinasihatkan untuk membeli makanan sebelum ke Pulau Kapas. Tambahan pula kalau makan di Pulau Kapas adalah 2 kali ganda harga dari tanah darat. Mungkin kerana kos penganggkutan makanan ke sana. 

Kami menaiki teksi menuju ke Jeti Merang yang terletak dalam lingkungan 30 minit dari terminal. Untuk pengetahuan semua, untuk menuju ke Jeti Merang anda hanya boleh menggunakan teksi kerana tiada bas yang disedikan untuk ke sana. Lainlah kalau anda menaiki kereta. Sesudah sampai disana kami menuju ke kaunter tiket yang menyediakan perkhidmatan untuk ke Pulau Kapas. Kami memilih pakej dari Mak Cik Gemuk resort. 

Lebih kurang pukul 11pagi kami menaiki bot untuk ke Pulau Kapas. Tidak ramai penumpang pada hari tersebut. Selesai sampai disana kami terus check in dan menukar pakaian. Tapi sebelum itu kami makan tengah hari dengan bekalan yang kami bawa dari darat. Selesai makan tengahari, kami terus ke pantai. disebabkan percutian kami ini singkat maka tidaklah kami menghiraukan cuaca yang panas ketika itu. 


Berhampiran pantai berdekatan chalet.


Gambar di atas ini merupakan kawasan snokeling kami. Air Laut di kawasan ini sangat jernih kebiru-biruan sehingga menampakkan karangan laut. Sangat puas hati walaupun ada karangan laut yang terjejas. Masa kami snokeling di kawasan ini adalah lebih kurang 2 jam. Setelah itu, bot yang menghantar ke tempat snokeling terus menghantar kami ke kawasan chalet. Malam itu, kami cuma makan makanan kering yang kami bawa dari darat. Sudah tentu Biskut Marie dan Maggi Tomyam Hotcup :). Di kawasan ini, memang tiada kedai yang disediakan, kalau tidak masing-masing mungkin mahu makan Magnum White Almond  kerana rasa panas pada malam hari. Mungkin akibat kulit kami banyak berjemur pada siang hari.

Keesokan paginya kami bangun dan masih lagi menuju ke pantai dengan sebelum berangkat pulang. Kami mandi sehingga pukul 11 tengahari dan terlepas bot pada waktu tengahari itu. Terpaksalah kami menunggu bot seterusnya sedangkan kami berjanji dengan pakcikm teksi jam 12tengahari. Jam 1 tengahari kami menaiki bot dan terus ke jeti. Kesian pakcik teksi sudah menunggu. 

Bye Pulau Kapas :'(

Setibanya kami ke Terminal bas, kami terus mengambil bas dan pulang semula ke Kuantan, Pahang. Kami sampai lebih kurang jam 6 petang. Secara kesuluruhan, percutian ala backpackers kali ini sangatlah berbaloi dengan kos yang sangat rendah. 


Kos pada kali ini untuk seorang adalah 

Tambang bas          =      RM 19.60
Chalet + Snokeling  =      RM 90
Makan                    =      RM 8
Teksi (pergi balik ) =      RM 25


TOTAL                =      RM 142.60

#KosShanasJalan kali ini  = RM 64.60 + 142.60
                                     = RM 207.2



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk komen anda :)